Skip to main content

Sukan

UiTM prihatin bantu anak bekas olahragawan negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uitm.jpg
'Selepas hujan, pasti akan ada pelangi'  

Itulah perumpamaan paling tepat digunakan dalam kisah olahragawan negara, Rahim Yusoff, yang pada awalnya bergelut cabaran selepas anak perempuannya, Maisarah Yusoff, tidak diluluskan penempatan kolej kediaman.

Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Seremban 3, Profesor Dr. Mohd Shazili, menjelaskan, faktor utama yang mendorong pertimbangan semula selepas mengambil kira keadaan dua pasangan suami isteri itu yang merupakan orang kurang upaya (OKU), selain latar belakang Rahim sebagai bekas atlet para negara.

Menurutnya, UiTM melihat kes ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab institusi dalam membantu pelajar daripada keluarga istimewa, agar diberi pendidikan yang sepatutnya tanpa perlu terbeban dengan kesempitan. 

"Kami menghargai sumbangan dan kedudukan ayahnya, sebelum ini yang membuatkan kami mempertimbangkan keputusan ini," katanya di Nadi Arena.

Tambahnya, pendekatan inklusif ini selari dengan dasar kebajikan universiti yang mahu memastikan semua pelajar, tanpa mengira latar belakang, mendapat peluang sama rata untuk meneruskan pengajian, sambil mengiktiraf jasa serta pengorbanan atlet negara dan memastikan generasi seterusnya diberi peluang terbaik.

"UiTM sering meletakkan sukan sebagai antara fokus utama. 

"Banyak atlet negara berasal dari UiTM. 

"Jadi, kami patut memberi perhatian sewajarnya," katanya lagi.
100Plus

Hidrasi & Tenaga Untuk Semua

Minuman isotonik dengan vitamin bantu kekal segar dan bertenaga.


Segarkan Diri Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video