Jika sebelum ini Islam Makhachev menerajui kategori lightweight, kini dia mencipta sejarah di UFC 322 untuk sebagai ‘Welterweight Champion’ selepas menewaskan Jack Della Maddalena di Madison Square Garden dengan keputusan sebulat suara daripada juri, sebentar tadi.
Kemenangan ini bererti yang Islam merupakan juara berganda menerusi dominasinya dalam lighweight dan welterweight, sekali gus menyaksikan pencapaian luar biasa itu hanya dapat dilakukan sebilangan kecil atlet di UFC.
Walaupun ramai yang mengatakan pertarungan itu agak hambar kerana strategi yang digunakan Islam lebih kepada dominasi di lantai, tetapi dia mempersembahkannya dengan sangat sempurna.
Jika kita mengikuti perkembangan Islam, sudah pasti teringat fenomena rakan senegaranya dulu yang kini sudah bersara, Khabib Nurmagomedov, yang sentiasa berada di sisi Islam.
Khabib bukan sahaja mentor malah seperti abangnya sendiri, penjaga dan juga gaya pertarungan yang menjadi simbolik!
Islam menyatakan rasa hormatnya yang tidak berbelah bahagi kepada bimbingan Khabib dengan berkata, "Jika dia memberitahu saya, sebagai contoh, saya harus berhenti berlawan esok, tidak ada pergaduhan lagi, saya akan turuti katanya."
Makhachev menambah bahawa Khabib memainkan peranan penting dalam gimnasium mereka, mengambil-alih dan memastikan mereka bertambah baik mahu dalam persaingan mahupun kehidupan.
Kemenangan ini juga memberi makna bahawa legasi dan identiti yang pernah dibawa Khabib sebelum ini masih hidup dan kini, Makhachev ialah wajah barunya!

THE NEW WELTERWEIGHT KING ??@MAKHACHEVMMA defeats Jack Della Maddalena by unanimous decision to become THE NEW welterweight champion of the world! #VeChain #UFC322
— UFC (@ufc) November 16, 2025
[ B2YB @ThorneHealth ] pic.twitter.com/lm3fQlgGJv
Walaupun ramai yang mengatakan pertarungan itu agak hambar kerana strategi yang digunakan Islam lebih kepada dominasi di lantai, tetapi dia mempersembahkannya dengan sangat sempurna.
Jika kita mengikuti perkembangan Islam, sudah pasti teringat fenomena rakan senegaranya dulu yang kini sudah bersara, Khabib Nurmagomedov, yang sentiasa berada di sisi Islam.
Khabib bukan sahaja mentor malah seperti abangnya sendiri, penjaga dan juga gaya pertarungan yang menjadi simbolik!
All smiles from the champ ?
— UFC (@ufc) November 16, 2025
[ #VeChain #UFC322 | @MAKHACHEVMMA ] pic.twitter.com/ckOFQ8hEFV