Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer, sekadar berpuas hati di tempat ke-14 dalam Sukan Komanwel di Stadium Carrara, hari ini.
"Bagi saya, terlalu banyak kesilapan dilakukan sejak balingan yang pertama.
"Saya terlalu kecewa kerana tergesa-gesa untuk mendapatkan keputusan bagus.
'Ini kerana saya mampu melakukannya ketika tempoh persiapan," kata Jackie.
Pemegang rekod kebangsaan itu melakukan balingan terbaiknya 64.35m yang juga tiga tercorot dalam kalangan 16 peserta.
Ia jauh di belakang pemenang pingat gangsa, Mark Dry dari Scotland, yang melakukan catatan 73.12m.
Pingat emas dimenangi Nick Miller dari England yang melakukan catatan 80.26m dan perak dimenangi atlet tuan rumah, Matty Denny (74.88m).
Sudah tentu ia adalah keputusan yang mengecewakan kerana Jackie sebelum ini melakukan balingan 67m dalam sesi latihan.
"Persediaan sebelum datang ke sini memang sangat bagus. Saya memang teringin untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri," katanya.
Jackie memperbaharui rekod Sukan SEA tahun lalu dan rekod kebangsaan miliknya sendiri selepas melakukan 65.90m untuk memenangi pingat emas.