Skip to main content

Sukan Lain

Tuan rumah Sukma 2018 Perak bersedia awal

070117sukmaperak.jpg

Tuan rumah, Perak, bersiap sedia untuk menjadi pencabar utama juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 nanti.

Hal ini dinyatakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri yang baru dilantik, Ghazali Kasim, dalam Majlis Mesra Pengarah MSN Perak bersama ahli persatuan sukan negeri di Ipoh hari ini.

Menurut Ghazali, pertemuan ini mampu meningkatkan kerjasama dan semangat untuk mencipta sesuatu dan beliau percaya pengurusan yang baik memberi kesan positif kepada prestasi.

"Pertemuan ini adalah langkah pertama kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi mencipta kontinjen negeri yang mantap.

"Walaupun banyak venue sukan sedang dinaik taraf di sini (Perak), namun ini bukan alasan untuk tidak pro-aktif.  Saya percaya dengan pengalaman ahli sedia ada, sasaran juara keseluruhan dapat direalisasikan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video