Pemain nombor empat dunia, Stefanos Tsitsipas, optimis sempat cergas untuk Terbuka Australia bulan ini selepas melengkapkan perlawanan perseorangan pertamanya sejak menjalani pembedahan siku kanan, November lalu.
Berikutan kekalahan buruk tiga set kepada Diego Schwartzman dalam Piala ATP di Sydney semalam, Tsitsipas tetap yakin mengenai prospeknya untuk beraksi di Melbourne.
"Ia menjadi lebih baik dan semakin baik setiap hari", katanya mengenai tahap kecederaannya.
“Kami masih mempunyai banyak masa sebelum Terbuka Australia bermula dan saya fikir jika saya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut saranan doktor, maka saya boleh melihat diri saya beraksi di tahap 100 peratus.
Pemain kelahiran Greece itu turut mendedahkan bahawa pegawai perubatan pada mulanya meragui penyertaannya dalam acara Grand Slam pertama 2022 itu memandangkan dia terpaksa menarik diri daripada Pusingan Akhir ATP di Turin, November lalu.
“Dalam pembedahan itu, doktor sendiri tidak pasti sama ada ia satu idea yang baik untuk saya beraksi dalam Terbuka Australia.
"Pemulihan saya jauh lebih baik daripada jangkaan awal berbanding pemain lain yang pernah dirawatnya, jadi dia terkejut. Dia datang ke Dubai dan terkejut melihat saya mencecah tahap hampir 100 peratus."
Finalis Terbuka Perancis 2021 itu juga menikmati pertarungannya dengan Schwartzman walaupun kalah.
"Seronok melihat diri saya dapat beraksi di tahap sebegitu. Saya tidak sangka," katanya.
"Ia lebih baik daripada yang saya fikirkan. Saya dapat memukul bola yang saya takut untuk memukulnya dua minggu lalu, jadi saya menuju ke arah yang betul."
Tsitsipas, yang telah memenangi tujuh gelaran Jelajah ATP setakat ini, akan beraksi lagi di Sydney minggu ini apabila menentang pemain Georgia, Nikoloz Basilashvili.