Skip to main content

Bola Sepak

Piala Menteri Pendidikan B-14: SMK Shah Alam cemas sebelum ikat SMK Gunung Rapat

ADA

Pasukan tuan rumah, SMK Shah Alam, terus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengikat SMK Gunung Rapat 1-1 untuk terus berada di tangga teratas kumpulan A Liga Bola Sepak Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2026 bersama rakan strategik 100PLUS.

Aksi yang berlangsung di Padang MBSA Seksyen 28, Shah Alam pada Sabtu (semalam) tuan rumah ketinggalan 1-0 selepas Mohamad Hakimi Roshamide terlebih dahulu meletakkan SMK Gunung Rapat di hadapan pada minit ke-56.

Muhammad Adam Zakwan Mohd Rhadzi muncul penyelamat buat SMK Shah Alam menerusi jaringan pada masa kecederaan (70+5'),

Ketua Jurulatih SMK Shah Alam, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham nyata tidak berpuas hati dengan permainan pasukan namun tetap lega dengan satu mata yang di raih.

“Sejujurnya, ini bukan aksi terbaik yang dipamerkan oleh pasukan kami. Selangor FC biasanya mampu bermain seperti biasa walaupun berada di bawah tekanan, tetapi apabila kami dibolosi awal, pemain sedikit tertekan.

Sebagai jurulatih, saya hanya meminta mereka supaya kekal tenang. Walaupun persembahan keseluruhannya tidak begitu memuaskan, saya tetap bersyukur kerana kami berjaya meraih satu mata untuk kekal di kedudukan teratas dan meneruskan misi ke Sarawak (SMK Tabuan Jaya),” kata Ekhsan.

Keputusan itu menyaksikan SMK Shah Alam kekal di tangga teratas Kumpulan A dengan 13 mata hasil empat kemenangan dan satu seri.

SMK Gunung Rapat mengumpul lapan mata dan terus berusaha untuk bersaing dengan SMK Mutiara Impian di tangga kedua dengan 10 mata dalam perebutan untuk slot terakhir kumpulan A ke peringkat suku akhir.

Pembantu Pengurus SMK Gunung Rapat, Mohamad Kamil Hakemi menjelaskan, peluang untuk ke suku akhir masih ada namun bergantung kepada keputusan pasukan lain.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain kerana telah memberikan aksi terbaik sepanjang 70 minit perlawanan. Kami mendahului, namun sedikit kealpaan menyebabkan kami terlepas kemenangan.

“Masih ada peluang, tetapi ia juga bergantung kepada keputusan pasukan lain,” kata Kamil.

Dalam Kumpulan C, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B13 mencatat kemenangan dramatik selepas menundukkan SMK Tun Hussien Onn 3-2.

AMD B13 selesa mendahului 3-0 menerusi Muhd Rifqi Rayyan Rozaimi pada minit keenam, Muhd Akhmal Hakimi Mohd Azizul pada minit ke-15 dan Ahmad Rifqi Aryan Ahmad Rifa'ie pada minit ke-28.

Manakala gol SMK Tun Hussien Onn dijaringkan oleh Muhammad Syahfiee Fadzil pada minit ke-45 dan ke-67.

Kemenangan itu menyaksikan AMD B13 mencatat kemenangan pertama selepas empat perlawanan dan mengumpul empat mata.

Pendahulu Kumpulan C, SMK Taman Desa Skudai, terus kekal di puncak dengan 12 mata hasil empat kemenangan berturut-turut, diikuti SMK Seri Kota dengan sembilan mata dan SSTMI di tangga ketiga dengan tujuh mata.

Saingan Kumpulan D pula, SMK Bukit Nenas menewaskan SMK Seberang Temerloh 2-0 hasil jaringan Muhammad Danial Hakimi Mohd Azreen pada minit ke-34 dan Muhamad Muadzam Mat Ghani pada minit ke-55.

Manakala SMK Ibrahim Fikri mencatat kemenangan 2-0 ke atas SMK Kampong Chengal menerusi jaringan Muhammad Faidh Dayyan Mohd Faidhi pada minit ke-35 sebelum Nik Muhd Zulhairy Nik Mohd Zulhusny menambah gol kedua pada minit ke-66.

Kemenangan tersebut membolehkan SMK Ibrahim Fikri memintas SMK Putera selaku pendahulu dan kedua dua pasukan berkongsi tujuh mata .

Bagaimanapun, SMK Putera masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan, manakala Akademi Mokhtar Dahari B14 berada di kedudukan ketiga dengan enam mata daripada dua perlawanan.

TAMAT

 

Keputusan Perlawanan – 25 Julai 2026

Kumpulan A

SMK Shah Alam 1–1 SMK Gunung Rapat

Kumpulan C

Akademi Mokhtar Dahari B13 3–2 SMK Tun Hussien Onn

Kumpulan D

SMK Seberang Temerloh 0–2 SMK Bukit Nenas

SMK Kampong Chengal 0–2 SMK Ibrahim Fikri

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video