Ketua Pegawai Operasi Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nasiruddin Wan Idrus, menganggap kejayaan muncul sebagai pasukan berbasikal lebuhraya terbaik Asia serta pasukan benua nombor satu dunia adalah hasil kerja keras dan komitmen semua pihak.
Jelasnya lagi, kejayaan itu adalah antara sasaran yang telah ditetapkan pihak pengurusan untuk musim ini dan mustahil untuk direalisasikan jika tanpa perancangan rapi.
Mengikut ranking dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), TSG mengumpul 1743 mata untuk menghuni tangga ke-30 keseluruhan.
Kedudukan itu sudah cukup untuk meletakkan pasukan dari Pantai Timur itu sebagai pasukan berstatus benua terbaik dunia, memandangkan 29 lagi kedudukan di atas TSG dikuasai pasukan berstatus Jelajah Dunia (World Tour) dan Profesional Dunia (Pro Tour).
"Alhamdulillah kita berjaya menamatkan saingan tahun ini dengan cemerlang apabila mempertahankan gelaran juara Asia, menjadi juara baharu pasukan terbaik benua dan memperbaiki kedudukan dunia daripada tempat ke-31 pada 2022 ke tempat 30 musim ini.
"Ini adalah hasil usaha keras semua pihak termasuk pelumba, jurulatih, pihak pengurusan dan penaja yang sentiasa memberi sokongan dalam pelbagai bentuk," kata Nasiruddin.
Nasiruddin dalam perkembangan sama turut mengesahkan TSG terpaksa mengucap selamat tinggal kepada pelumba import kelahiran Mongolia, Jambaljamts Sainbayar yang mengambil keputusan untuk berhijrah menyertai pasukan.
Pro Team yang berpengkalan di Eropah.
TSG kini dalam proses meneliti beberapa calon sesuai bagi menggantikan Sainbayar bagi memperkuatkan pasukan hadapi saingan musim baru.
Untuk rekod, selain Sainbayar, musim ini TSG turut membawa masuk dya lagi pelumba import iaitu Aiman Cahyadi dari Indonesia serta pelumba kelahiran Australia, Jesse Ewart yang merangkul gelaran ketiga keseluruhan Tour du Rwanda tahun lalu.