Penampilan pertama Serena Yang Chen Yi dalam temasya Komanwel berakhir hambar apabila menamatkan saingan individu triatlon wanita di tangga terakhir.
Bermula dengan acara renang sejauh 750 meter, Serena melakukan catatan 11 minit 0.8 saat untuk berada di kedudukan ke-20.
Ia kemudian diikuti acara basikal lebuhraya dengan jarak 20km, menyaksikan Sserena terus tenggalam dalam saingan yang melibatkan 24 atlet.
Dalam acara terakhir, iaitu larian sejauh 5km, Serena melakukan catatan masa 24:57s bagi menamatkan saingan secara keseluruhan dengan catatan 1:16.13s untuk berakhir di kedudukan ke-24.
Pingat emas dimenangi Flora Duffy dari Bermuda sementara perak milik Jessica Learmonth (England) dan gangsa, Joanna Brown dari Kanada.