"Pada hari perlumbaan, saya tiada masa lagi untuk melihat telefon bimbit.
"Saya perlu tengok perlumbaan, tiada masa untuk melihatnya."
Demikian ketegasan individu paling penting yang menjadi nadi penggerak penganjuran perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) yang kini memasuki tahun kelapan.
Namun, itulah hakikat yang tidak semua tahu, di sebalik perlumbaan yang dramatik, ada perang berlaku di sebuah bilik yang cukup sibuk memantau setiap inci perlawanan berlangsung.
Hakikatnya semua keputusan berasal dari bilik kawalan ini di mana nakhodanya adalah Pengarah TGR 2025, M Ranvin.
Ia bukan satu amanah yang ringan kerana segala keputusan terbeban di bahunya.
Pelbagai prosedur yang perlu dilalui untuk sebuah keputusan tepat, hinggakan apa yang tersiar di kaca televisyen atau di laman sosial bergantung kepada keputusan dari bilik kecil ini.
"Saya perlu pastikan ia dilakukan secara berperingkat.
"Saya tidak boleh benarkan pihak penyiaran melakukan secara langsung kerana adakalanya apabila ada kemalangan, ia mengundang terlalu banyak persoalan yang akan dibangkitkan.
"Jadi saya akan melarang pihak penyiaran untuk tidak memaparkan," katanya.
Jika ada keputusan dibuat berpunca dari insiden di litar, adalah menjadi tugasan pengarah perlumbaan dalam memberikan penerangan kepada pemandu yang mungkin mahukan penjelasan di atas keputusan dari bilik kawalan.
Ia datang dengan pelbagai cara dan Ranvin memilih pendekatan diplomasi.
Memasuki tahun kelapan penganjuran TGR, di sebalik pelbagai drama dan isu yang perlu di laluinya, Ranvin tidak menafikan penganjuran TGR semakin berkembang dengan baik saban tahun, malah kemunculan pemandu yang berkaliber banyak terlahir daripada program TGR.
"Pemandu perlu patuhi peraturan dan saya boleh menjelaskannya.
"Kami telah menambahbaikkan sejak tahun pertama lagi dan kini semua orang boleh menikmatinya," katanya.