Skip to main content

Hoki

Tigress perlu pertingkat kekuatan mental -- Siti Nur Amarina

230117amarina.jpg

Kapten skuad hoki wanita negara, Siti Nur Amarina Ruhani, berasakan dia dan rakan sepasukan perlu mempertingkatkan lagi kekuatan mental untuk berdepan perlawanan-perlawanan sukar di masa akan datang.

Elemen itu diperlukan dalam misi skuad negara mengejar tiket ke Piala Dunia 2018.

Ini merujuk kepada perlawanan final menentang Ireland yang bersifat antiklimaks selepas skuad negara begitu teruja meraikan kelayakan ke separuh akhir liga dunia menerusi kemenangan ke atas Itali sebelum itu.

"Saya telah memberitahu kepada rakan sepasukan untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan final tetapi saya menyedari kami keletihan selepas mengharungi perlawanan berdepan Itali dan gagal mengulangi prestasi ketika berdepan Ireland.

"Kami perlu mengambil pengajaran daripada perlawanan itu dan membuat persiapan yang lebih rapi untuk kejohanan akan datang," kata Nur Amarina.

Sementara itu, Hanis Nadia Onn yang dinobatkan sebagai pemain muda terbaik kejohanan, bagaimanapun, tetap merasai pedih kekalahan final di tangan Ireland.

Setidak-tidaknya Hanis wira ketika menentang Itali dan seluruh skuad negara memiliki kemahuan membentuk perwatakan persis jaguh dunia.

"Saya amat berbangga kerana menerima anugerah pemain muda terbaik kejohanan. Ia merupakan kejayaan yang tidak dijangka.

"Kami sangat bersyukur untuk beraksi dalam pusingan seterusnya walaupun gagal menyempurnakan hasrat negara untuk memenangi saingan kali ini," jelas Hanis.

Advertisement

Must Watch Video