Skip to main content

Sepak Takraw

Tiga pemain dan pegawai ISTAF bakal didenda sehingga AS$5,000

Selepas sesi pendengaran Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Bangkok pada Rabu, Nadi Arena difahamkan tiga pemain dan tiga pegawai, termasuk jurulatih, mungkin hanya akan dikenakan denda di antara AS$2,000 dan AS$5,000.

Hukuman penggantungan hanya dikenakan sekiranya mereka yang terbabit gagal menjelaskan denda masing-masing.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, ketika dihubungi di Bangkok menjelaskan belum menerima sebarang keputusan daripada ISTAF.

"Saya ketika ini berada di Bangkok bagi menunggu keputusan yang akan dikeluarkan mereka (ISTAF)," katanya.

Enam individu terbabit dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin ISTAF untuk menjawab dakwaan  memboikot final Kejohanan Piala Raja Thai gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan.

Sejumlah pemain dan pegawai PSM turut berdepan satu lagi dakwaan, iaitu cuba mengelak ujian doping dengan keputusannya bakal diumumkan minggu depan.

Advertisement

Must Watch Video