Tonggak senior skuad boling padang negara, Muhammad Soufi Rusli, mempunya peluang keemasan untuk melunaskan misi yang tertunggak enam tahun lalu apabila mengetuai cabaran skuad negara ke Kejuaraan Boling Padang Asia edisi ke-16 di Clark, Filipina.
Ini kerana, Soufi kembali menjejakkan kaki di venue keramat, Friendship Gate, yang juga merupakan venue ketika Sukan Sea 2019.
Secara peribadi, Soufi melalui kenangan pahit yang menjadikan dirinya pemain yang jauh lebih matang dan versatil selepas enam tahun berlalu.
Kem negara memiliki reputasi gerun selaku juara Asia 13 kali dan juga penyandang juara keseluruhan edisi tahun lalu.
Skuad negara dijangka menerima tentangan sengit daripada tuan rumah, Filipina selain Hong Kong dan India antara halangan utama untuk mengekalkan mahkota kejuaraan Asia.
Sudah menjadi kelaziman mana mana pemain di rantau asia — kegusaran terarah kepada venue yang bukannya diperbuat daripada rumput tiruan — sebaliknya rumput asli dengan permukaan yang tidak rata.
"Sedikit terkilan tidak dapat apa yang dikehendaki sewaktu Sukan SEA 2019.
"Mungkin keadaan padang sedikit-sebanyak membuatkan saya terkandas di peringkat separuh akhir.
"Kali ini, saya berazam membawa pulang pingat emas untuk Malaysia.
"Permukaan padang di Filipina tidak memberangsangkan, tetapi sebagai atlet harus versatil keran pihak lawan juga menggunakan padang yang sama.
"Seorang atlet harus menjadi kreatif," katanya di Nadi Arena.