Skip to main content

Badminton

'Disiplin nombor satu', kata Chong Wei

'Disiplin nombor satu', kata Chong Wei

Isu disiplin melibatkan perseorangan lelaki nombor satu negara, Leong Jun Hao, membawa kepada satu keputusan lebih tegas oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila semua atlet dan jurulatih negara kini diwajibkan berada dalam kem serta menginap di hostel Akademi Badminton Malaysia (ABM) setiap kali persiapan menuju kejohanan antarabangsa.

Langkah itu diumumkan sebagai usaha memperketat kawalan disiplin dalam skuad kebangsaan selain memastikan setiap pemain memberi komitmen penuh sepanjang tempoh latihan dan persediaan pertandingan.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei, menegaskan bahawa isu disiplin tidak boleh dipandang ringan dan perlu diperbaiki segera sebelum menjadi budaya yang mampu menjejaskan reputasi serta prestasi pasukan negara.

Menurutnya, keputusan tegas itu bukan hanya melibatkan Jun Hao semata-mata, sebaliknya membabitkan semua atlet dan jurulatih negara tanpa pengecualian.

Tambah Chong Wei, BAM sudah memberikan amaran terakhir kepada pihak terlibat dan tindakan disiplin lebih keras bakal diambil sekiranya kesalahan sama berulang pada masa akan datang.

Dia turut memberikan amaran bahawa mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan dan disiplin pasukan mungkin tidak lagi mempunyai tempat dalam skuad kebangsaan.

"Kami sudah beri amaran terakhir. Jika masih berlaku lagi, pemain itu perlu bertanggungjawab terhadap akibatnya sendiri. 

"Kami mahu semua pemain memahami bahawa isu disiplin ini sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan," katanya yang turut mendapatkan sokongan Ahli Majlis Tertinggi yang lain.

"Saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa disiplin nombor satu.

"Ia sangat penting untuk seseorang atlet dan juga masa depan kerjaya mereka.

"Saya sendiri berada dalam BAM selama 19 tahun sebagai pemain dan saya tahu betapa pentingnya disiplin untuk mencapai kejayaan. Sebab itu jawatankuasa dan presiden bersetuju dengan pendekatan yang diambil sekarang," katanya.

Chong Wei menegaskan bahawa sebagai pemain senior, Leong Jun Hao seharusnya menunjukkan contoh terbaik kepada pemain muda dan bukannya terlibat dalam perkara yang boleh memberi imej negatif kepada pasukan.

Menurut legenda badminton negara itu, Malaysia tidak pernah ketandusan pemain berbakat dan memiliki kualiti bertaraf dunia, namun beliau tidak mahu masalah disiplin segelintir individu merosakkan keseluruhan sistem yang sedang dibina BAM.

Katanya, pendedahan mengenai isu tersebut bukan bertujuan menjatuhkan motivasi mana-mana pemain, sebaliknya demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam pengurusan pasukan kebangsaan.

Chong Wei turut menjelaskan bahawa tindakan dan keputusan yang diambil mendapat restu penuh daripada Presiden BAM serta ahli Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu.

Bagi beliau, ketegasan dalam aspek disiplin adalah perkara asas yang perlu ada sekiranya Malaysia mahu melahirkan atlet bertaraf dunia yang bukan sahaja cemerlang di gelanggang, malah profesional dari segi sikap dan komitmen.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Must Watch Video