Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Hanya 12 pemain KL City lawan Kuching City malam ini?

KLFA

Itulah persoalan yang bermain di fikiran peminat menjelang perlawanan Liga Super di Cheras malam ini. 

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan semalam menegaskan menolak permohonan penangguhan aksi Kuala Lumpur (KL) City bertemu Kuching City sebaliknya tetap diteruskan dan denda sama berpotensi dijatuhkan sekiranya sekali lagi terjadi. 

Terdahulu, skuad Warga Kota didenda RM50,000 serta dikehendaki membayar semua ganti rugi dan kos berkaitan yang diputuskan oleh MFL, sekali gus menyaksikan Negeri Sembilan diberi kemenangan percuma 3-0.

Kemas kini dalam laman CMS-FAM masih menyenaraikan 12 pemain dalam sistem tersebut bagi musim yang baru bermula ini. Nama pemain baharu yang ditandatangani seperti Ahmad Hazwan Bakri, Syafiq Ahmad dan beberapa tonggak lain turut tiada dalam senarai tersebut.

Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2026-2027 : "Bagi semua kelab Liga Malaysia hendaklah mendaftar maksimum 20 dan minimum 15 orang Pemain termasuk minimum 2 orang Penjaga Gol dalam ‘Team List’ serta Pekeliling Liga Malaysia berkenaan syarat-syarat pendaftaran pegawai dan pemain Liga Super 2026-2027 yang telah diedarkan kepada semua kelab pada 29 Jun 2026 : “Semua kelab hendaklah mendaftarkan minimum 20 orang pemain termasuk 3 orang penjaga gol pada atau sebelum perlawanan pertama Liga Malaysia 2026 – 2027.”


 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement