Bruno Fernandes dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Bolasepak Profesional (PFA) bagi musim lalu selepas dinilai menampilkan kualiti persembahan terpuji bersama Manchester United.
Dengan kepimpinannya mengetuai The Red Devils menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.
Untuk makluman, pemain berusia 31 tahun itu telah memecahkan rekod dan menerajui senarai bantuan jaringan terbanyak sepanjang zaman EPL dengan 21 bantuan gol secara keseluruhan mengatasi catatan bekas pemain Manchester City, Kevin De Bruyne.
What the @PFA Players' Player of the Year award means to our captain ❤️
— Manchester United (@ManUtd) August 25, 2026
Dia merupakan pemain kedua Portugal memenangi anugerah itu selepas Cristiano Ronaldo pada 2008.