Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Tiada Woods di Quicken Loans National

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tiger-cropped_1xdjq2ee1obw318fixnyy34ov6.jpg
Tiger Woods tidak akan membuat kemunculan dalam Kejohanan Quicken Loans National, sebaliknya akan terus menerima rawatan bagi membantunya mengurus pengambilan ubat, kata Ketua Pengarah Eksekutif, Tiger Woods Foundation, Rick Singer.

"Tiger akan cuba mengikuti laporan harian kejohanan minggu ini," ujar Singer menerusi Golf.com.

Acara Jelajah PGA itu -- yang bakal berlangsung di Washington -- akan membuka tirai Khamis ini.

Acara yang telah mencecah usia 10 tahun itu akan mempertemukan pemain golf terkemuka dunia, antaranya Rickie Fowler, Justin Thomas, Patrick Reed dan Jon Rahm.

Woods ditahan pihak berkuasa hujung bulan lalu ekoran disyaki memandu di bawah pengaruh dadah.

Walaupun disahkan bebas daripada pengambilan alkohol, namun Woods mengakui mengambil dadah preskripsi bagi menangani masalah tidur dan sakit belakangnya.

Dia kemudian mengeluarkan kenyataan awal bulan ini bahawa dia sedang menjalani rawatan.

Advertisement

Must Watch Video