Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengekalkan penguasaan di puncak Liga Premier Hoki Malaysia (MHL-TNB) selepas mengatasi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-0 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, hari ini.
Tuan rumah bermula garang menyaksikan jaringan seawal minit pertama melalui Pablo Javier Trevisan, namun dibatalkan pengadil.
Empat minit kemudian, giliran Jang Jonghyun menguji barisan pertahanan UniKL, namun pukulan sudut penaltinya diselamatkan penjaga gol pelawat, Tomas Matias Santiago.
THT memecahkan kebuntuan pada minit kelapan menerusi gol padang tonggak dari Argentina, Nicolas Enrique Della Torre, yang bijak menyudahkan hantaran Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil.
Pasukan pelawat cuba mengatur gerakan memburu gol penyamaan dalam suku kedua, bagaimanapun, gagal menembusi pertahanan THT yang diketuai Ammad Shakeer Butt.
Pada minit ke-31, tuan rumah menggandakan jaringan selepas Jang Jonghyun menyempurnakan pukulan sudut penalti bagi menjadikan kedudukan 2-0.
UniKL hampir mendapat jaringan pertama pada minit ke-40 menerusi gerakan yang dimulakan Ignacio Santiago Salas yang membuat hantaran, malangnya gagal disudahkan dengan baik oleh Zul Pidaus Mizun.
Tengku Ahmad Tajuddin menambah derita pasukan pelawat dengan menambah gol ketiga THT pada minit ke-52 selepas menyambar pukulan sudut penalti Faizal Saari, menyaksikan kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan kelima skuad kendalian Sarjit Singh ini memastikan mereka kekal di kedudukan teratas dengan 16 mata.