Ketua jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Sarjit Singh, mengesahkan pasukan itu terpaksa melupakan khidmat pemain kebangsaan, Muhammad Firhan Ashaari, bagi pertemuan menentang Universiti Kuala Lumpur (UniKL) petang ini akibat kecederaan.
“Firhan mengalami kecederaan paha selepas perlawanan bertemu Maybank, Ahad lalu, dan akan direhatkan sehingga perlawanan penting bertemu Tenaga Nasional Berhad (TNB), 3 Februari ini.
“Selain itu, Ismail Abu turut mengalami sedikit masalah kesihatan selepas dilanda demam sejak hari pertama kami di Johor Bahru, minggu lalu,” ujar bekas pengendali skuad negara itu.
Mengulas lanjut perlawanan bertemu pasukan di kedudukan ketiga itu, Sarjit menjangkakan cabaran sengit skuad kendalian Arul Selvaraj itu yang sudah tentu mahu mengubat kekalahan kepada Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), dua hari lalu.
“Mereka adalah satu pasukan yang berkualiti dan dibarisi pemain import yang bagus seperti pakar pukulan sudut penalti dari Pakistan, Muhammad Aleem Bilal, dan Santiago Ignacio Salas (Argentina) selain ketua pasukan, Marhan Jalil.
“Namun kelebihan beraksi di gelanggang sendiri perlu menjadi tonik terbaik kami untuk mencapai kemenangan, seterusnya mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga,” tambah Sarjit.