Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang, menagih bantuan terowong angin bernilai RM30 juta selepas Institut Sukan Negara (ISN) bercadang membeli teknologi sukan berprestasi tinggi itu demi memburu pingat emas sulung negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Teknologi terowong angin sudah digunakan beberapa negara gergasi sukan berbasikal seperti Great Britain, New Zealand, Australia dan China.
Ia antara pemisah jurang untuk dikejar Malaysia dalam usaha memburu emas sulung Olimpik Tokyo.
Justeru, Azizulhasni berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pembinaan terowong angin kerana dalam final Kejohanan Dunia atau Olimpik, sentuhan teknologi seperti itu akan menentukan warna pingat.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengesahkan pihaknya menerusi ISN sedang berbincang membeli terowong angin itu, namun perlu mendapatkan persetujuan kerajaan kerana ia memerlukan dana besar.
"Saya berharap dengan adanya teknologi ini untuk membantu saya dalam usaha untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020," kata Azizuhasni.
Azizulhasni muncul juara dunia acara keirin di Hong Kong, Khamis lalu bagi menamatkan penantian 10 tahun.
Dia menerima sambutan wira sejak pulang ke tanah air semalam dan terbaru, menerusi program "Dare to Dream" syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia di Sepang.
"Di Olimpik lalu, saya hanya tewas tipis kepada Jason Kenny, dan kejayaan saya dalam Kejohanan Dunia telah membuktikan saya mampu meraih pingat emas dalam kejohanan tersebut."
Sementara itu, pakar biomekanik Universiti Malaya mencadangkan ISN bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sudah membangunkan terowong angin sendiri bagi menjimatkan kos.
"Kebaikan dan kegunaan terowong angin ini mampu menjadi perbezaan sama ada atlet yang berada di tahap tertinggi mampu meraih kemenangan.
"Langkah terbaik adalah untuk bekerjasama menggunakan terowong angin ini, kerana kami harus mengira kos penyelenggaraan kemudahan ini," kata pensyarah biomekanik Universiti Malaya, Dr. Rizal Mohd Razman.