Skip to main content

Menembak

Terlalu awal untuk nilai atlet menembak -- Park Sang Soon

park-sang-soon.jpg

Ketua jurulatih baru skuad menembak negara, Park Sang Soon, menganggap barisan penembaknya masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di bawah latihannya selepas berakhirnya Kejohanan Air Gun Asia di Iran, awal Disember lalu.

Selepas melihat prestasi anak buahnya di Iran tempoh hari, Sang Soon mengakui sedikit kecewa dengan aksi kurang memberangsangkan daripada anak buahnya.

Namun, ia masih awal untuk membuat penilaian kerana barisan penembak negara perlu bermula dari bawah untuk menyesuaikan diri dengan kemahiran dan tunjuk ajar oleh jurulatih dari Korea Selatan ini.

Fokus utamanya adalah untuk membentuk skuad menembak terbaik menjelang Sukan SEA 2017 kerana ia adalah salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan bagi jurulatih itu.

"Fokus utama adalah Sukan SEA 2017 di mana kami menyasarkan dua pingat emas, iaitu dalam acara pistol dan air rifle," jelas Sang Soon.

Penembak negara, Johnathan Wong, menyifatkan latihan disediakan cukup mencabar, namun berguna selepas hampir sebulan berada di bawah bimbingannya.

"Kami tidak gembira kerana keputusan kurang memberangsangkan tetapi jurulatih kata tidak mengapa, kita balik dan sambung latihan.

"Ketika di Iran, program latihan masih belum dimulakan tetapi lebih kepada memantau aksi kami," ujar Johnathan.

Advertisement

Must Watch Video