Dua penerjun lelaki negara, Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang, layak ke final 3 meter papan anjal Sukan Komanwel 2018 tatkala Ahmad Amsyar Azman tersingkir, hari ini.
Yiwei dan Tze Liang layak ke final di Pusat Akuatik Optus pada malam ini selepas masing-masing menamatkan saingan di tempat keenam dan kesembilan daripada 17 penerjun dalam pusingan kelayakan.
Yiwei bermula baik apabila mengutip 72.85 mata dalam terjunan pertama sebelum terus konsisten dalam terjunan kedua dan ketiga untuknya berada di ranking tiga teratas.
"Keadaan di sini apabila matahari semakin naik, penerjun sukar untuk melihat permukaan air. Jadi, ia memberi masalah," kata Yiwei.
Dia agak bergelut dalam tiga terjunan terakhir untuk meraih mata tertinggi sebelum menamatkan kelayakan dengan 391.75 mata keseluruhan.
Tze Liang selaku juara bertahan bagi agak ketinggalan dalam tiga terjunan awal untuknya menghuni kedudukan tiga tercorot sebelum mendapat rentak dalam terjunan terakhir yang menyelamatkannya daripada tersingkir.
"Semalam saya baru habis acara 1 meter papan anjal, jadi saya berdepan cabaran pada pagi ini akibat badan kepenatan," tambah Tze Liang.
Nasib berbeza dialami Amsyar apabila tergelincir dalam terjunan terakhir yang tidak memberikan sebarang mata kepadanya untuk berada di ranking ke-16.
Agak mengecewakan kerana empat terjunan awalnya memberikan kutipan mata yang lebih baik untuknya mengumpul 325.15 mata.
"Terjunan terakhir tadi saya tergelincir di hujung papan, ia tidak dapat diselamatkan. Itu sahaja yang boleh saya katakan," ujar Amsyar.