Skip to main content

Sukan Asia

Terjun: Yiwei terlepas podium

yiwei14418.jpg
Terjunan kelima yang tidak kemas menafikan harapan penerjun lelaki negara, Chew Yiwei, untuk meraih tempat podium dalam aksi final 10 meter platform individu, Sukan Komanwel Gold Coast di Pusat Akuatik Optus, malam ini.

Yiwei menduduki tempat kesembilan secara keseluruhan selepas mengumpul 362.10 mata pada hari terakhir saingan terjun. 

Pada awalnya, dia tidak berdepan masalah melakukan terjunan untuk berada dalam kelompok empat terbaik. 

Harapan untuk meraih podium tampak cerah, namun akibat terlalu fokus untuk melakukan yang terbaik, kesilapan hadir pada terjunan kelima sehingga dia memperoleh hanya 27.20 mata. 

Terjunan terakhir memberikan kutipan mata yang lebih tinggi, iaitu 70.40 mata, namun kehebatan penerjun lain nyata mengetepikan Yiwei hingga ke tempat kesembilan.

"Malangnya saya terlepas peluang satu terjunan. Saya rasa bukan sebab apa-apa, ia berpunca daripada saya.

"Saya tidak hebat dan tidak berjaya mengekalkan fokus sehingga terjunan kelima," kata Yiwei.

Penerjun dari Austrlia, Domonic Bedggood, unggul dengan pingat emas hasil kutipan mata tertinggi, iaitu 451.15 mata.

Pingat perak dimenangi Matthew Dixon (449.55) dari England dan gangsa diperoleh Vincent Riendeau (425.40) dari Kanada. 

Advertisement

Must Watch Video