Penerjun lelaki negara, Ooi Tze Liang, akur gagal mempertahan pingat emas yang dimenangi di Glasgow empat tahun lalu sementara Chew Yiwei turut beraksi hambar dalam acara final 3 meter papan anjal individu, Sukan Komawel Gold Coast di Pusat Akuatik Optus, hari ini.
Kedua-dua atlet itu gagal mempertaruhkan aksi terbaik apabila masing-masing menamatkan saingan di kedudukan ketiga tercorot.
Tze Liang akur gagal mempertahankan pingat emas acara yang dimenanginya di Glasgow apabila sekadar berada di tempat ke-10 dengan mengumpul 373.75 mata.
Namun, dia menyifatkan terjunan kali ini ini lebih konsisten berbanding dalam aksi kelayakan walaupun gagal menbutirkan pingat buat Malaysia,
"Saya sudah buat aksi terbaik saya tetapi mungkin tiada rezeki hari ini. Saya juga cuba untuk menaikkan semula markah, namun masih berhempas-pulas.
"Jadi, saya tidak boleh buat apa-apa. Mungkin ini bukan hari saya," kata Tze Liang.
Sementara itu, aksi Yiwei ternyata lebih memuaskan dalam pusingan kelayakan tatkala perasaan gemuruh menguasai diri dalam final membawa padah untuknya sekadar mengumpul 347.20 mata di tempat ke-11.
Terjunan ketiga menyaksikan Yiwei mengalami kekejangan di kaki menyebabkan dia teragak-agak untuk memulakan terjunan sebelum akhirnya mengumpul 47.85 mata.
"Sungguh tidak bernasib apabila kaki saya tiba-tiba kejang. Ia membuatkan saya belajar tentang diri saya.
"Kita ada kemampuan untuk melawan semua negara bertanding. Saya mempunyai peluang, saya juga memberi tekanan kepada diri saya," kata Yiwei.