Setelah menyumbang dua pingat gangsa, Nur Dhabitah Sabri, layak ke final 1 meter papan anjal dengan 258.69 mata dalam pusingan kelayakan Sukan Komanwel 2018, sebentar tadi.
Turut mengiringi Dhabitah ke final di Pusat Akuatik Optus malam ini ialah Jasmine Lai dan penerjun berusia 15 tahun dari Sarawak, Kimberly Bong, apabila masing-masing berada di tempat kelapan dan 12.
Dhabitah, yang meraih dua gangsa ketika berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam acara 3m papan anjal dan 10m platform seirama sebelum ini, melakukan terjunan terbaik dalam pusingan kelima yang juga terjunan terakhir dengan meraih 58.50 mata.
Usaha Jasmine yang melakukan 'forward two and half somersaults' dalam terjunan kedua memberi mata tertinggi, 50.70.
Sementara itu, penerjun muda, Kimberly, terselamat untuk meneruskan kemaraan ke final petang ini selepas berada di tangga ke-12 daripada 14 penerjun sambil saingan diterajui dua wakil Australia, Esther Qin dan Georgia Sheehan.
Penulis Jemputan
Fri Apr 13 2018