Skip to main content

Sukan Asia

Terjun: Tiga wakil negara ke final 1m papan anjal

amsyar-(1)_1.jpg
Skuad terjun lelaki negara mencerahkan peluang untuk meraih pingat apabila tiga penerjun layak ke final 1 meter papan anjal Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi. 

Ahmad Amsyar Azman mengetuai cabaran negara untuk menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ketujuh menerusi catatan 342.75 mata. 

Kemaraan Amsyar itu disusuli Muhammad Syafiq Puteh yang menduduki tangga kelapan manakala Ooi Tze Liang yang berada di tangga ke-10, melengkapkan senarai 12 daripada 15 penerjun ke final. 

"Alhamdulillah, ketiga-tiga atlet negara melayakkan diri ke final 1m papan anjal, kira ada sokongan untuk meraih pingat. Bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini kerana selalunya hanya dua atlet," kata Amsyar.

Bagi Amsyar, dia perlu mengelak daripada mengulangi kesilapan sewaktu terjunan ketiga ketika kelayakan jika enggan berputih mata dalam final nanti. 

"Tadi, ada sedikit kesilapan pada kiraan masa, jadi saya lupakan dan fokus untuk terjunan seterusnya. Mujur semuanya baik," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video