Tiga penerjun lelaki negara yang mara ke pentas akhir acara 1 meter papan anjal Sukan Komanwel Gold Coast gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Pusat Akuatik Optus, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Muhammad Syafiq Puteh muncul penerjun terbaik negara apabila menamatkan saingan di tempat kelima daripada 12 peserta dengan mengumpul 378.90 mata selepas tamat enam terjunan.
Ahmad Amsyar Azman pula menduduki tempat keenam selepas mencatat 369.40 mata manakala Ooi Tze Liang di kedudukan ke-11 dengan 319.00 mata.
Jack Laugher dari England mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi lalu dengan mengumpul 438.00 mata, diikuti pingat perak milik penerjun tuan rumah, James Connor, dengan 412.45 mata.
Gangsa diraih James Heatly dari Scotland yang mengutip 399.25 mata.
"Saya berpuas hati sangat dengan prestasi saya dalam final ini. Syukur saya boleh buat lebih baik daripada separuh akhir tadi.
"Jurulatih pun berpuas hati dengan prestasi saya memandangkan saingan dalam final memang sukar. Saya juga tidak sangka saya boleh dapat nombor lima," kata Syafiq.
Sementara itu, Tze Liang berkata: "Ada berlaku kesilapan. Temasya ini lain daripada empat tahun lalu di Glasgow, dulu tempat tertutup dan kini tempat terbuka.
"Tetapi ia bukan satu alasan. Ia satu pengalaman yang baik untuk saya."