Skip to main content

Sukan Asia

Terjun: Pandelela ketuai kelayakan 10m platform individu

cheong-jun-hoong-gold-coast.jpg
Dua penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, menepati jangkaan layak ke final 10 meter platform individu Sukan Komanwel 2018, hari ini. 

Pandelela cemerlang dalam pusingan kelayakan apabila mengungguli kedudukan teratas dengan jumlah 339.00 mata untuk meletakkan Jun Hoong di tempat kedua dengan perbezaan 9.0 mata. 

Jun Hoong, yang turun selaku juara dunia, mempamerkan terjunan terbaiknya untuk menguasai kedudukan teratas dalam tiga terjunan awal dengan mata tertinggi dicatat dalam terjunan kedua, iaitu 78.30 mata. 

Sedikit kesilapan berlaku dalam terjunan keempat untuknya sekadar mengumpul 37.80 mata. 

"Saya pun tidak tahu bagaimana. Cuma perlu fokus dalam setiap terjunan dan melakukan yang terbaik. Yang lain, saya sudah tidak boleh kawal," kata Jun Hoong.

Pandelela turut memberi tentangan sengit kepada rakan sepasukannya itu untuk memperbaiki dua terjunan terakhir, sekaligus meletakkannya di tangga teratas dalam kalangan 12 penerjun. 

"Saya rasa kalau dikira dari segi terjunan, ia lebih kepada mendapatkan kesesuaian diri.

"Saya rasa terjunan saya tadi agak baik, selamat," tambah Pandelela menjelang aksi final malam ini.

Penerjun muda negara, Kimberly Bong, pula mempamerkan aksi hambar sehingga meraih tempat tercorot kelayakan.

Terjunan ketiga dan keempat yang kurang kemas memberikan mata terendah buat Kimberly untuk mengumpul 204.20 mata. 

"Itu bukan aksi saya yang terbaik kerana ia terjunan di tahap baru, ia membuatkan saya sedikit gementar dan tidak mempamerkan persembahan yang bagus," ujar Kimberly.

Advertisement

Must Watch Video