Pemburuan pingat pertama skuad terjun di Gold Coast berhasil, namun gara-gara terjunan kelima yang kurang kemas, Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri harus berpuas hati dengan pingat gangsa 3 meter papan anjal seirama Sukan Komanwel, sebentar tadi.
"Saya rasa sangat-sangat gembira sebab ini merupakan kali pertama saya bergandingan dengan Dhabitah dalam Sukan Komanwel.
"Memang tidak sangka dan sangat-sangat gembira," kata Mun Yee.
Sementara itu, Dhabitah yang turut gembira dengan kejayaan awal itu, berkata : "Saya tidak kisah apa sahaja kilauan pingat asalkan saya berusaha keras."
Mata-mata di Pusat Akuatik Optus sudah pasti terarah kepada gandingan England, Alicia Blagg-Katherine Torrance, selaku juara bertahan.
Malah, Mun Yee-Dhabitah dijangka tersepit di antara dua wakil tuan rumah, Esther Qin-Georgia Sheehan serta Maddison Keeney-Anabelle Smith.
Selepas tiga terjunan pertama daripada Mun Yee-Dhabitah, terbit persaingan sengit bagi pingat perak dan gangsa dengan Blagg-Torrance tatkala Qin-Sheehan berada dalam kelas tersendiri.
Akhirnya, catatan 264.9 mata memadai untuk memastikan gangsa dan podium buat pasangan Malaysia itu.
"Ini permulaan baik buat skuad terjun. Kami akan mengharungi acara lain lagi pada malam ini, iaitu 10m papan anjal seirama bersama Dhabitah juga.
"Saya harap kami dapat tampil dengan baik," kata Mun Yee lagi.