Dua gandingan negara, Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong Pamg, dan Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri, nyata cemerlang apabila masing-masing menyumbang emas dan gangsa acara terjun 10 meter platform seirama wanita dalam Sukan Komanwel Gold Coast di Pusat Akuatik Optus, sebentar tadi.
Jun Hoong-Pandelela menghimpun 328.08 mata untuk mengungguli senarai enam wakil yang bertanding, sekali gus menepati ramalan bagi menghadiahkan pingat emas ketiga buat negara.
"Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan persembahan malam ini. Rasa bersyukur dan gembira kerana dapat pingat pertama Komanwel saya.
"Saya tidak fikir banyak sangat. Saya hanya memberi tumpuan kepada setiap terjunan saya," kata Jun Hoong.
Kecemerlangan Malaysia seterusnya adalah menerusi Mun Yee-Dhabitah yang mengumpul 308.16 mata selepas melakukan lima terjunan untuk dikalungkan gangsa.
"Saya sangat berpuas hati dan saya selalu tengok mata saya untuk dibandingkan dengan pasangan Australia.
"Memang sukar dan Alhamdulillah, saya berjaya dengan terjunan bersama Mun Yee. Saya sangat gembira," kata Dhabitah.
Mun Yee menambah: "Saya rasa 3m papan anjal pagi tadi lagi sukar bagi saya. Tetapi (10m platform seirama) ini lebih istimewa."
Pingat perak dimenangi peserta Kanada, Meaghan Benfeito dan Caeli McKay, selepas mengumpul 312.12 mata.