Kegagalan penerjun negara, Cheong Jun Hoong, menyumbangkan pingat dalam acara 10 meter platform individu Sukan Komanwel 2018 bukan berpunca daripada tekanan turun selaku juara dunia, sebaliknya menganggap nasib tidak menyebelahinya.
Jun Hoong akur dengan kegagalan untuk menyesuaikan diri di Pusat Akuatik Optus dengan baik sehingga menyebabkan aksi kurang menjadi ditampilkan dalam acara kegemarannya pada Khamis lalu untuk mengakhiri saingan di tangga kelima dengan catatan keseluruhan 332.85 mata.
Apa yang pasti, dia menyifatkan sudah melakukan yang terbaik. Malah, kesilapan dalam terjunan mampu berlaku tidak kira dalam mana-mana temasya sekalipun.
"Ada satu terjunan yang saya tersilap tetapi saya rasa ia perkara biasa, cuma saya perlu perbaikinya.
"Secara keseluruhan, saya berpuas hati kerana berjuang sehingga ke aksi terakhir. Ini satu pengalaman berharga," kata Jun Hoong.
Kecederaan belakang yang dialami Jun Hoong juga masih dapat dikawal setakat ini biarpun belum pulih sepenuhnya.
Dan itu menjadi keutamaannya selepas ini, iaitu fokus untuk kembali bebas daripada kecederaan.
"Kurang seminggu selepas Sukan Komanwel, saya akan menyertai Siri Kejohanan Dunia.
"Jadi, jadual agak padat. Diharapkan saya sempat memulihkan diri.
"Saya tidak akan memaksa tubuh dan hanya akan melakukan persiapan mengikut kemampuan," katanya.