Skip to main content

Sukan Asia

Terjun: Gangsa lonjak keyakinan Mun Yee, Dhabitah

mun-yee-2.jpg
Kejayaan meraih pingat gangsa acara 3 meter papan anjal seirama membuat Leong Mun Yee dan Dhabitah Sabri membara untuk menghadapi saingan final 10m platform seirama Sukan Komanwel Gold Coast di Pusat Akuatik Optus, malam ini. 

"Kanada dan Australia sebenarnya berada dalam kelompok tiga terbaik dunia dan mereka sangat hebat tetapi tuah menyebelahi kami bagi meraih pingat gangsa. Saya gembira tetapi bagi saya masih ada ruang untuk meningkatkan kualiti. 

"Saya rasa ini adalah permulaan yang baik dan pada malam ini akan ada acara 10m seirama dan saya akan berganding dengan Dhabitah sekali lagi. Diharapkan, kami dapat melakukannya dengan baik," kata Mun Yee.

Selain Mun Yee dan Dhabitah, Malaysia menaruh harapan kepada gandingan utama, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong, untuk mempamerkan prestasi sebenar. 

Berdasarkan persembahan semasa penerjun negara, acara 10m platform seirama itu berada dalam senarai sasaran emas. 

Mun Yee dan Dhabitah berkongsi apa yang bakal dihadapi dua wakil negara menjelang final nanti. 

"Cabaran di sini adalah angin yang sangat kuat dan saya tidak pasti bagaimana keadaan pada malam nanti. Suhu juga sangat sejuk.

"Saya sudah lama tidak bergandingan dengan Dhabitah, kami diatur pada saat-saat akhir sebagai gandingan kedua. 

"Diharapkan kami dapat beraksi baik pada malam ini," ujarnya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video