GOLD COAST 2018
Terjun: Dhabitah perlu dapatkan rentak konsisten
Kali pertama menyertai temasya dalam empat acara menjadikan penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri, bergelut untuk kekal konsisten dalam kesemua acara Sukan Komanwel Gold Coast.
Dhabitah meraih dua pingat gangsa menerusi acara 3 meter papan anjal seirama dan 10m platform seirama apabila bergandingan dengan Leong Mun Yee.
Bagaimanapun, dia gagal untuk meneruskan rentak kemenangan dalam dua acara individu, iaitu 1m dan 3m papan anjal dengan menduduki tangga keenam dan ke-11.
Iklan
Namun, penerjun berusia 19 tahun itu sudah belajar mengawal tahap kecergasan jika diberi peluang untuk beraksi banyak acara dalam kejohanan lain selepas ini.
Dia yang sebelum ini mengalami kecederaan di bahagian leher dan belakang sewaktu Sukan SEA 2017 tidak menganggap itu sebagai punca kepada aksi kurang konsisten kerana sudah bebas daripada sebarang kecederaan.
Must-Watch Video