Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk membangunkan Institut Sukan Negeri (ISN) dengan kelulusan penubuhannya akan dibincangkan dalam tempoh sebulan.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, yang menyatakan aspek sains sukan akan diberi perhatian dalam memperkasakan sukan di negeri itu.
Anggaran kos keseluruhan sehingga RM4 juta diperlukan meliputi pelbagai peralatan latihan moden di institut yang akan dibangunkan di Kompleks Sukan Gong Badak itu.
"Pada asalnya ada entiti ISN di bawah seliaan Insitut Sukan Negara di setiap negeri, namun ia ditutup kerajaan pusat.
"Situasi tersebut merencatkan rancangan kami memandangkan pencapaian Terengganu dalam bidang sukan sentiasa ke depan," katanya.
Dr. Ahmad Samsuri berkata pihaknya bersedia mendapatkan tenaga pakar yang berpengalaman untuk dibawa masuk ke negeri itu.
Rancangan juga sudah dikenal pasti dengan pelaksanaan secara berperingkat mengikut keutamaan, khususnya menghadapi Sukan Malaysia (Sukma).
"ISN ini di peringkat memperkemaskan kertas kerja dan prospek penaja juga sudah ada, termasuk pihak swasta yang berkepakaran," jelasnya lagi.