Atlet menembak kebangsaan, Mohd Lutfi Othman, muncul juara acara 10m air rifle dengan catatan 245.4 mata dalam final Kejohanan Menembak Terbuka Selangor di Lapang Sasar Subang, hari ini.
Lutfi turut menewaskan peserta pilihan, Muhammad Ezuan Nasir Khan, yang berada di tempat kedua dengan 243.8 mata.
Lebih manis, atlet yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu turut memecah rekod kebangsaan di peringkat kelayakan apabila mencatat 623.0 mata. Rekod sebelum ini dilakar Ezuan pada 2015, iaitu 622.7 mata.
Bagi Lutfi, dia berasa yakin beraksi dalam final selepas berjaya memecah rekod kebangsaan di peringkat kelayakan.
"Ia permulaan yang bagus untuk 2018 dan sasaran saya untuk memecahkan rekod kebangsaan juga tercapai dan memenangi final. Alhamdulillah," katanya.
Dalam pada itu, Ezuan tidak begitu risau dengan pencapaian hari ini kerana acara tumpuannya adalah 50 meter rifle prone, esok.
Ezuan turut menyambut baik peningkatan Lutfi, dengan menganggap dia sudah mempunyai pencabar dalam kem skuad kebangsaan.
"Itu tidak menjadi masalah untuk saya kerana kami berlatih bersama-sama. Adanya junior yang meningkat bagus untuk saya kerana ia membakar semangat saya agar beraksi lebih bagus," kata Ezuan.