OLAHRAGA
Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V: Rekod bukan untuk dikekalkan -- Noraseela
'Rekod perlu diperbaiki bukan untuk dikekalkan' -- Itulah falsafah yang diterapkan oleh Presiden Persatuan Olimpian Malaysia, Noraseela Mohd Khalid, selepas melihat ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, mengukir sejarah memperbaharui rekod kebangsaan acara 100m di Kangar.
"Bagi saya, saya selalu ada falsafah tersendiri di mana rekod sentiasa perlu dipecahkan dan ini sememangnya masa yang sesuai untuk berbuat demikian di mana Zaidatul berjaya lakukan.
"Saya memang berasa bangga dengan pencapaian tersebut," katanya kepada Nadi Arena.
Iklan
Bagi Noraseela, kejayaan tersebut membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang buat Zaidatul Husniah atau lebih dikenali sebagai Adeq yang terus konsisten terhadap persembahannya sebagai seorang atlet negara.
Presiden Persatuan Olimpian Malaysia, Noraseela Mohd Khalid bangga dengan pencapaian luar biasa yang dijana Zaidatul Husniah dalam acara 100 meter sekaligus memecahkan rekod kebangsaan!Konsisten adalah kunci kejayaan “Adeq”@ASTROARENA pic.twitter.com/mVbS6jk8u9— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) October 14, 2024
"Jika kita bercakap mengenai sukan tidak kira siapa atau umur, semuanya terletak kepada prestasi seseorang atlet tersebut," tambahnya.
Sebagai rekod, Adeq memperbaharui rekod selama 31 tahun iaitu 11.49s dalam Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V untuk memadam catatan rekod lama 11.50 saat milik Shanti Govindasamy yang dicipta pada 1993.
Must-Watch Video