OLAHRAGA
Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V: Noraseela sanjung komitmen Zaidatul Husniah
"Rekod perlu diperbaiki bukan dikekalkan bertahun-tahun," -- demikian falsafah yang diangkat oleh Presiden Persatuan Olimpian Malaysia, Noraseela Khalid, setelah ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, memahat sejarah tersendiri dengan rekod kebangsaan baharu acara 100 meter wanita.
Pelari itu meleburkan rekod itu dalam Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Kangar, hujung minggu lalu, pada usia 31 tahun.
"Rekod itu memang sepatutnya dipecahkan oleh atlet kebangsaan kita.
Iklan
"Saya memang rasa bangga," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Bagi Noraseela, usia bukanlah penghalang buat Zaidatul Husniah terus melakar kejayaan dan mewakili negara kerana dia merupaka seorang atlet yang sangat tekal prestasinya.
Untuk rekod, pelari dari Alor Setar tu mencatat masa 11.49 saat bagi memadam rekod 31 tahun yang telah dicipta oleh G Shanti.
"Ia bukan aspek umur atau siapa atlet itu tetapi dalam sukan, semuanya terletak kepada prestasi atlet itu sendiri.
"Sebagaimana saya yang mengambil bahagian dalam Sukan SEA Palembang 2011 pada usia 32 tahun dan memenangi pingat emas.
"Pencapaian Zaidatul Husniah pada hari ini hasil daripada komitmennya terhadap latihan," katanya lagi.
Must-Watch Video