Novak Djokovic mengatasi Federico Delbonis biarpun memperagakan prestasi yang tidak menentu dalam pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Miami, sebentar tadi.
Dalam misi memburu kejuaraan ketujuh di Miami, pilihan utama, Djokovic, terselamat daripada dikejutkan Delbonis 7-5, 4-6, 6-1.
Djokovic melepaskan pendahuluan dalam set pertama dan kedua, namun pemain nombor satu dunia itu tidak melakukan kesilapan dalam set ketiga untuk menamatkan pertarungan dengan 12 servis kemenangan, termasuk 19 kesilapan sendiri.
Juara 15 gelaran Grand Slam itu hampir dilanda kekecewaan sebelum ke pusingan 16 itu dengan cabaran daripada Roberto Bautista Agut sudahpun menantinya.
Djokovic pada awalnya mempamerkan penguasaan pada awal permainan dengan memberi tekanan sejak set pertama lagi untuk mendahului selepas pukulan Delbonis terkandas di jaring susulan diperangkap dalam ruang sempit.
Dia kemudian mendahului 3-1 dalam set kedua tetapi keciciran mata dalam empat game yang menyaksikannya melepaskan geram dengan memukul bola dan menghempaskan raketnya selepas melakukan dua kesalahan sebaik ketinggalan 3-4.
Tiga mata break daripada Delbonis dalam game kelapan sebelum dia menyempurnakan servis menyerlahkan lagi kerunsingan Djokovic.
Tindakan Delbonis yang memerlukan rawatan di kaki kirinya selepas menyamakan kedudukan -- sebelum itu sudahpun berbalut akibat melepuh -- telah memperlahankan momentumnya sendiri.
Buat kali ketiga, Djokovic memimpin permainan 3-1 dalam set ketiga apabila satu voli buruk dan dua kesilapan Delbonis membuka ruang buat pemain Serbia itu.
Pukulan kilas sekali lagi membantu Djokovic untuk melakukan mata break selepas dia hanya kehilangan 12 mata untuk melengkapkan kemenangan tatkala mutu persembahan seterunya dari Argentina itu mula menurun.