Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Terbuka Malaysia: Wee Wern rangkul kemenangan bergaya

low-wee-wern.jpg
Enggan terkesan dengan kekecewaan tewas dalam final Kejohanan Kebangsaan awal bulan ini, Low Wee Wern mempamerkan aksi meyakinkan untuk menewaskan Satomi Watanabe dalam final Kejohanan Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, hari ini. 

Wee Wern, yang kembali daripada rehat panjang akibat kecederaan, tampil semula dalam arena profesional dengan aksi bertenaga. 

Selepas melunaskan dendam dengan mengetepikan S. Sivasangari dalam saingan separuh akhir semalam, Wee Wern mendominasi perlawanan akhir sejak set pertama untuk menang 11-8.

Momentum sama dikekalkan pemain dari Pulau Pinang itu apabila menang set kedua 11-7 untuk meraih kelebihan 2-0 ke atas Watanabe.

Enggan peluang kejuaraan dirampas lawan, Wee Wern terus mempamerkan aksi konsisten untuk memuktamadkan kemenangan dalam set ketiga 11-4.

Advertisement

Must Watch Video