Pemain skuasy negara, Low Wee Wern, berpandangan Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 sebagai satu lagi cabaran utama buat dirinya untuk kembali menemui rentak selepas berehat hampir 20 bulan akibat kecederaan.
Tiga pembedahan lutut sejak 2015 menyaksikan Wee Wern yang pernah menduduki kelompok lima terbaik dunia, perlu bermula dari bawah bagi mencari rentak.
Kejohanan Kebangsaan tempoh hari menjadi permulaan terbaik buat Wee Wern apabila dia muncul naib juara apabila tewas kepada S. Sivasangari.
Cabaran dalam Terbuka Malaysia menyaksikan Wee Wern terpaksa bermula dalam pusingan kelayakan dan akan berdepan pemain Republik Czech, Anna Serme.
Dia mengetuai lapan wakil negara dalam pusingan kelayakan, antaranya Aifa Azman serta Ainaa Ampandi M. Remashree manakala Sivasangari, Rachel Arnold serta Nazihah Hanis Abd Razak akan memulakan cabaran dalam pusingan pertama.
"Saya perlu melalui saingan kelayakan susulan ranking semasa saya.
"Saya perlu menumpukan satu demi satu perlawanan memandangkan lawan menduduki ranking lebih tinggi daripada saya," kata Wee Wern.
Sementara itu, pemain lelaki negara, Mohd Syafiq Kamal, bertekad mengekalkan persembahan cemerlang yang ditampilkan dalam Kejohanan Kebangsaan sebelum ini.
Dia mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum disekat oleh pemain lebih senior, Nafiizwan Adnan.
Undian pusingan kelayakan menyaksikan pemain di ranking ke-78 dunia terbabit diletakkan sebagai pilihan keempat dan akan berdepan rakan senegara, Muhammad Ezzri Nazri.
"Misi pertama saya ialah untuk melepasi peringkat kelayakan kerana ini adalah kejohanan utama pertama yang saya sertai.
"Ramai pemain utama menyertai kejohanan ini, jadi saya berharap dapat bertemu mereka," ujarnya.
Selain Syafiq dan Ezzri, wakil negara lain yang akan beraksi dalam pusingan kelayakan ialah Ryan Pasqual, Mohd Farez Izwan, Addeen Idrakie, Ong Sai Hung serta Daryl Gan sementara Nafiizwan, Ng Eain Yow serta Ivan Yuen mendapat laluan percuma ke pusingan pertama yang dijadualkan pada Khamis ini.