Wanita besi negara, Norliyana Kamaruddin, terpaksa melepaskan pingat emas acara heptatlon Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia bermula Jumaat ini bagi mengurangkan risiko kecederaan lutut berulang.
Norliyana adalah atlet yang berjaya memecahkan rekod berusia 36 tahun milik Datuk Zaiton Othman dengan himpunan 5,247 mata dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) lalu.
Bagaimanapun, kecederaan lutut yang membelenggunya sejak November lalu memaksa dia melepaskan acara tersebut dan memberikan tumpuan untuk saingan Sukan Asia.
"Buat masa ini, saya masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan lutut dan hanya akan beraksi dalam acara 100 meter berpagar, lompat jauh dan lontar peluru," kata Norliyana.
"Saya terpaksa mengetepikan acara heptatlon kerana jurulatih enggan mengambil risiko dan saya akan kembali beraksi dalam acara ini dalam Sukan Asia nanti," ujarnya.
Atlet berusia 27 tahun itu turut berharap ketika di Jakarta-Palembang nanti, dia mampu mempamerkan aksi cemerlang dalam usaha membawa pulang pingat untuk Malaysia.
"Sukan Asia merupakan saingan yang lebih besar daripada beberapa kejohanan yang saya ambil bahagian untuk beberapa tahun ini, dengan saingan yang lebih sengit. Pungutan mata yang lebih baik dalam acara heptatlon amat diperlukan bagi memastikan pingat mampu diraih," katanya.