Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, membuat keputusan menarik diri daripada menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia selepas mengalami kecederaan belakang yang serius.
Irfan mengalami kecederaan itu sewaktu menjalani latihan intensif di Eropah sejak Mei lalu dan tiga rekod kebangsaan yang dilakukannya di sana adalah dalam keadaan belakangnya yang masih belum stabil.
Namun, demi azam yang tinggi untuk meraih pencapaian memberangsangkan, dia melupakan seketika kesakitan itu selain turut menjadi satu-satunya atlet negara yang meraih pingat perak dalam Kejohanan Olahraga Asia di India, 6-9 Julai lalu, dengan catatan 60.96 meter.
Bagaimanapun, dia terpaksa mengetepikan saingan Terbuka Malaysia pada 17 dan 18 Julai ini kerana khuatir kecederaan belakang itu menjadi semakin serius menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan, selain menyifatkan ia bukanlah satu kerugian besar jika mengambil keputusan menarik diri daripada kejohanan itu.
"Sebenarnya kecederaan sangat teruk.
"Sepanjang di Eropah, saya sangka ia hanya sakit biasa.
"Kemudian sekembali dari Eropah, rupa-rupanya otot belakang saya terkoyak dan bertambah serius kerana sering memaksa diri.
"Sebaik mendapat tahu keadaan itu, saya hanya membuat balingan biasa-biasa sahaja di India.
"Saya kini mengambil langkah berhati-hati dan mengelak daripada memaksa diri," katanya.
Pemenang emas Sukan SEA 2015 itu hanya akan fokus melakukan rawatan fisioterapi di Institut Sukan Negara (ISN) selepas ini sebaik kejohanan di India berakhir bagi memastikan kecederaan itu segera pulih.
"Kalau otot mengalami kekejangan atau ketegangan mungkin hanya mengambil masa selama seminggu atau dua minggu untuk pulih.
"Tetapi kecederaan saya melibatkan otot terkoyak, saya memerlukan tempoh sehingga tiga minggu untuk pulih kalau mengikuti arahan yang diberikan pakar fisioterapi dengan betul."