Ketiadaan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, di pentas Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 buat kali kedua membuktikan kejohanan ini masih belum mencapai tahap tertinggi bagi pemain di ranking terbaik dunia.
Selepas dua tahun kejohanan elit itu terhenti sejak 2015 dan kembali dipertandingkan semula pada tahun lalu, Terbuka Malaysia yang bermula 17 hingga 22 Julai ini dilihat hanya tertumpu kepada pemain di ranking antara 20 ke bawah dengan tawaran hadiah yang agak rendah.
Nicol, yang kini di ranking kesembilan dunia, juga tidak menyertai kejohanan ini buat kali kedua dengan penglibatan terakhirnya adalah pada 2014 dengan menamatkan saingan di peringkat separuh akhir.
Terbuka Malaysia yang bakal bermula 17 Julai ini menyaksikan kehadiran skuad Hong Kong yang terdiri daripada Liu Tsz Ling yang berada di ranking ke-33 dunia serta bekas pemain nombor empat dunia, Omneya Abdel Kawy dari Mesir.
"Nicol dijadualkan hanya akan kembali beraksi dalam Sukan Asia selepas mengikuti Sukan Komanwel Gold Coast 2018 yang lalu.
"Lagipun, dia sedang giat menjalani persiapan dan memandangkan dia berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, maka kejohanan ini terlalu kecil buatnya," kata Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam.
Tumpuan dalam pusingan pertama sudah pasti terarah kepada pertembungan dua pemain kebangsaan, Nafiizwan Adnan dan Ivan Yuen.
Ia ibarat misi balas dendam untuk Nafiizwan selepas dinafikan gelaran juara Kejohanan Kebangsaan oleh Ivan, Ahad lalu.
"Saya perlu menebus kekecewaan ini melalui pendekatan yang positif.
"Saya meletakkan harapan yang tinggi untuk bangkit selepas kekecewaan dalam Kejohanan Kebangsaan," kata Nafiizwan.