Novak Djokovic perlu melalui pemeriksaan yang ketat sebelum diberikan pengecualian perubatan untuk bertanding dalam Terbuka Australia, demikian tegas ketua kejohanan.
Kritikan mula berkumandang berikutan pengumuman Djokovic bahawa dia dalam perjalanan ke Melbourne untuk menyertai kejohanan grand slam pertama musim ini.
Pemain Serbia itu tidak secara langsung menyatakan sama ada dia telah divaksin COVID-19, tetapi pemain yang bertanding di Melbourne Park perlu membuktikan mereka telah disuntik atau mendapat pengecualian khas.
Djokovic secara lantang bersuara mengenai mandat vaksin apabila menegaskan dalam segala aspek kehidupan, perlu ada kebebasan untuk memilih.
Ramai warga Australia di media sosial menyatakan kekesalan terhadap tindakan penganjur yang mengalu-alukan Djokovic ke negara itu sambil menjangkakan dia akan menghadapi sambutan dingin, tambahan pula ketika tuan rumah menghadapi lonjakan kes varian Omicron.
Djokovic mengintai gelaran Terbuka Australia ke-10 selain rekod perseorangan grand slam ke-21 buatnya untuk muncul sebagai pemain paling berjaya dalam sejarah.
Pemain berusia 34 tahun itu telah mengemaskan begnya dan berada di lapangan terbang ketika dia memberitahu media mengenai perjalanannya ke Australia.
Ketua Terbuka Australia mengesahkan Djokovic telah diberikan kebenaran untuk beraksi dengan berkata dalam satu kenyataan: "Novak Djokovic akan bersaing dalam Terbuka Australia dan dalam perjalanan ke Australia.
"Djokovic memohon pengecualian perubatan yang telah diluluskan dan bakal melalui proses ujian kesihatan ketat yang melibatkan dua panel bebas pakar perubatan berbeza.
"Salah satunya ialah panel semakan pengecualian perubatan bebas yang dilantik oleh Jabatan Kesihatan Victoria."
Tiada perincian diberikan tentang mengapa Djokovic layak mendapat pengecualian melainkan dia bersedia untuk mendedahkan maklumat tentang perubatan peribadinya.
Pengarah kejohanan Terbuka Australia, Craig Tiley, berkata semua yang terlibat dengan kejohanan itu, daripada peminat hingga pemain haruslah mendapatkan vaksin penuh atau mempunyai kebenaran pengecualian yang membenarkan mereka hadir.
Tiley berkata: "Protokol yang adil dan bebas telah diwujudkan bagi tujuan menilai permohonan pengecualian perubatan yang membolehkan kami untuk memastikan Terbuka Australia 2022 selamat dan menyeronokkan buat semua orang.
"Pusat kepada proses ini hasil daripada keputusan pakar perubatan bebas dan setiap pemohon diberi pertimbangan yang sewajarnya."

Happy New Year! Wishing you all health, love & joy in every moment & may you feel love & respect towards all beings on this wonderful planet.
— Novak Djokovic (@DjokerNole) January 4, 2022
I’ve spent fantastic quality time with loved ones over break & today I’m heading Down Under with an exemption permission. Let’s go 2022! pic.twitter.com/e688iSO2d4