"Rugi jika sukan raket terbesar ini (tenis) tidak mendapat sokongan daripada jabatan atau agensi terlibat. Sukan tenis mempunyai prospek terbaik di peringkat antarabangsa. Oleh itu, ia perlu lebih dikomersialkan di sini (Malaysia)," ujar Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir.
"Bagi persatuan sendiri, kami ada program '1st serve' hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mencungkil bakat pemain daripada peringkat akar umbi."
Bagi Mirzan, persepi sukan ini untuk golongan elit adalah tidak benar sama sekali kerana sekarang terdapat banyak prasarana sukan tenis yang telah disediakan oleh kerajaan.
"Itu dulu, maklumlah sukan ini (tenis) dan golf dibawa oleh penjajah Inggeris dan hanya dimainkan oleh mereka dan pembesar-pembesar Melayu. Sekarang, hendak kata mahal, tidak juga. Malah, jika dibandingkan dengan sukan raket yang lain (badminton dan skuasy), saya rasa tidak.
"Sekarang, sedikit demi sedikit ramai telah faham konsep sukan ini dan ramai juga telah bermain tenis," ujarnya.
Menyentuh Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Perak tahun hadapan, beliau dan warga sukan tenis berharap ia dijadikan salah satu acara dalam temasya itu.
"Saya berharap tuan rumah (Perak) tidak lucutkan sukan tenis. Bukan apa, dengan adanya kejohanan besar seperti ini, ia dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan sukan ini. Kami akan merayu untuk ini", ujar Mirzan lagi.