Alize Cornet mendedahkan beberapa pemain pernah dijangkiti COVID-19 dalam Terbuka Perancis bulan lalu tetapi mengunci mulut bagi mengelakkan ramai peserta menarik diri daripada kejohanan itu.
Kejohanan Wimbledon telah pun digegarkan oleh dua pemain lelaki berprofil tinggi yang menarik diri selepas disahkan positif pandemik itu yang membabitkan naib juara tahun lalu, Matteo Berrettini, dan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2014, Marin Cilic, sebelum perlawanan pusingan pertama yang dijadualkan semalam.
Lantas, Cornet -- yang menyamai rekod sepanjang zaman Ai Sugiyama dengan membuat 62 penampilan grand slam berturut-turut dalam kemenangan ke atas Yulia Putintseva pada hari kedua kempen -- mendakwa sememangnya wujud kes di Roland Garros yang tidak diwar-warkan.
"Di Roland Garros, terdapat penularan COVID tetapi tiada siapa yang bercakap mengenainya. Di bilik persalinan, semua orang mengetahuinya dan kami tidak berkata apa-apa," katanya kepada L'Equipe.
“Apabila ia tersebar di akhbar dan pemain utama juga terbabit, ia mula membimbangkan saya sedikit.
"(Juara Terbuka Perancis 2021, Barbora) Krejcikova menarik diri dengan mengatakan dia menghidap COVID, malah seluruh bilik persalinan jatuh sakit.
"Pada satu ketika, kami semua mengalami selesema. Masalahnya, kami mempunyai gejala, tekak gatal tetapi kami tetap beraksi dan semuanya baik-baik saja, tiada apa-apa yang berlaku.
"Di Roland, saya rasa terdapat beberapa kes dan ia adalah perjanjian sulit di antara kami. Kami tidak akan menjalani ujian kerana boleh menghadapi masalah!
"Selepas itu, saya mula melihat gadis memakai pelitup muka kerana mereka mungkin sudah tahu dan tidak mahu menyebarkannya.
"Kita semua seharusnya mempunyai kesedaran sivik."

Marin Cilic out of #Wimbledon2022 due to Covid. Lucky loser will take his place in the draw. pic.twitter.com/h2HMdgtu5I
— Andrew (@harrypotter1994) June 27, 2022