Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang, mengakui beberapa pihak menunjukkan minat untuk melabur dalam pasukan profesionalnya, Team Azizul, musim depan.
Walaupun masih di peringkat awal, Azizulhasni berkata pertemuan sudah dilakukan dengan perbincangan lebih tertumpu kepada aspek pengenalan pasukan itu.
Menurutnya, Team Azizul tidak memerlukan bajet yang besar, sebaliknya hanya sokongan minimal, memandangkan fokus utama adalah untuk mengutip mata ke Sukan Olimpik Tokyo.
"Sejak pulang bercuti ke Malaysia, saya agak sibuk dengan perjumpaan bersama beberapa organisasi serta individu yang nak tahu lebih lanjut berkenaan Team Azizul.
"Jadi, saya luangkan masa dan gembira ada pihak tampil ke depan dan menunjukkan minat bekerjasama," katanya selepas diumumkan Olahragawan Negeri Terengganu, malam tadi.
Azizulhasni mengetepikan calon lain, iaitu Mohd Nafiizwan Adnan (skuasy), Mohd Harrif Salleh (berbasikal), Khairul Anuar Mohamad (memanah) dan Arvin Shaun Singh Chanal (renang).
Minggu lalu, pelumba ranking kedua dunia acara keirin itu mengumumkan penubuhan Team Azizul sebagai langkah persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2020.
"Semua orang tahu saya kejar pingat emas di Tokyo dan berada di kedudukan kedua dunia, saya berada di landasan tepat," tambah pelumba dengan gelaran The Pocket Rocketman itu.