Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader, akan meneliti segala laporan berkaitan sistem “challenge” yang membabitkan penggunaan kamera berkelajuan tinggi untuk terus menambah baik segala proses keputusan membabitkan mutu pengadilan sepak takraw dunia.
Sistem “challenge" diperkenalkan buat julung kalinya dalam sukan sepak takraw dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang.
Sama situasi dengen pengenalan sistem Video Bantuan pengadil (VAR) dalam bola sepak, sistem “challenge” masih lagi dianggap baru dan banyak pertikaian membabitkan keputusan pengadil yang masih memerlukan perincian rapi.
Ia khususnya membabitkan perlawanan akhir acara antara regu membabitkan pertemuan Malaysia menentang Indonesia sehingga jurulatih negara, Abd Talib Ahmad, berang tatkala bola sudah terang-terang keluar, namun pengadil tidak memberikan mata meskipun dibantu lapan kamera di dalam gelanggang.
"Memang tiada masalah-masalah besar, cuma wujud isu sampingan yang perlu diperbaiki. Umpamanya, juruteknik yang mengendalikan mesin atau kamera perlu diberikan latihan dan perincian," kata Halim.
Sehubungan itu, modul kursus pengadilan yang lebih ketat akan dilaksanakan agar tiada lagi isu berat sebelah diutarakan dalam sukan sepak takraw.
Halim juga menegaskan sistem ini akan diteruskan dengan destinasi selepas ini adalah Piala Raja Thai bulan ini, seterusnya Sukan SEA Manila pada November 2019.
"Dalam usaha untuk meningkatkan taraf penggunaan 'challenge', semua pengadil di peringkat antarabangsa akan diberikan latihan yang cukup, termasuk manual.
"Usaha juga diwujudkan untuk melesenkan semua pengadil-pengadil, termasuk pengadil di peringkat ISTAF dan ASTAF (Persekutuan Sepaktakraw Asia)," katanya.