Skip to main content

Sukan Lain

Syed Saddiq sambut baik "post mortem" Program Podium

asiana-saddiq.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, mempertahankan tindakan penganjur "post mortem" Program Podium tidak menjemput pegawai yang tiada kepentingan dalam kerajaan, termasuk pencetus idea program itu, Dr Brian Miller dari Australia.

"Post mortem" Program Podium, yang akan diadakan Khamis dan Jumaat ini, akan membabitkan hampir kesemua pemegang taruh sukan negara seperti pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan kebangsaan.

Apa yang dipersoalkan, mengapa majoriti mereka yang dijemput terbabit secara langsung dengan program sukan termahal negara?

Sepatutnya ia turut membabitkan pihak tidak berkepentingan seperti pemerhati sukan negara, bekas pegawai atau atlet kebangsaan bagi mendapatkan keputusan lebih baik.

Namun, KBS mempunyai alasan mengapa tindakan itu diambil.

"Post mortem ini akan membantu pihak MSN mendapatkan maklumat secara terperinci dalam usaha untuk merombak semula Program Podium," kata Syed Saddiq.

Antara yang akan dibincangkan bagaimana untuk meletakkan kembali misi mencapai emas sulung Sukan Olimpik di landasan sebenar.

Begitu juga dengan cadangan memindahkan Program Podium di bawah kendalian MSN.

Imej: Asiana

Advertisement

Must Watch Video