Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan yang baru

syed-saddiq.png

Teka-teki siapa bakal dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru terjawab selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini disahkan akan mengetuai kementerian itu. 

Syed Saddiq menjadi pilihan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk membarisi Kabinet Kerajaan Persekutuan bagi portfolio Menteri Belia dan Sukan untuk tempoh sehingga 2023.

Beliau adalah antara 13 menteri baru yang mengangkat sumpah di Istana Negara, pagi tadi.

Syed Saddiq, 26 tahun pada Disember depan, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, merupakan Ahli Parlimen Muar merangkap Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dalam Pilihan Rraya Umum Ke-14 yang lalu, Syed Saddiq menewaskan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, bagi kerusi Parlimen Muar.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, turut mengucapkan tahniah menerusi Twitter atas pelantikan tersebut serta mengharapkan kejayaan lebih besar dalam sukan di bawah kepimpinan Syed Saddiq.


 

Advertisement

Must Watch Video