Skip to main content

Sukan Lain

Syed Mohammad: Pemain-pemain perlukan sedikit masa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling-padang-060717.jpg
Jurulatih boling padang negara, Syed Mohammad Syed Akil, mengakui anak didiknya memerlukan sedikit masa untuk mendapat rentak dalam sesi latihan di Kompleks Sukan Bukit Kiara yang sudah dinaik taraf.

Skuad negara kembali menjalani latihan di Bukit Kiara dan ujian awal untuk venue adalah Kejohanan Pra-Sukan SEA yang bakal bermula pada 22 Julai ini.

Justeru, peluang berlatih di venue itu jelas memberi kelebihan buat pemain-pemain negara, namun mereka perlu segera menyesuaikan diri.

Permukaan gelanggang dan struktur yang berbeza sudah pasti memberi kesan kepada kelajuan bola yang dilontarkan.

“Atlet kami cepat menyesuaikan diri tetapi masalah yang dihadapi sekarang adalah ia merupakan gelanggang baru,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai Kejohanan Pra-Sukan SEA, Syed Mohammad mahu melihat dengan lebih dekat kemampuan Thailand serta Brunei yang dianggap pilihan dalam temasya sebenar, bulan depan.

“Thailand amat bersungguh-sungguh ketika ini tetapi kami tidak tahu sejauh mana tahap persiapan Brunei.

“Apa yang saya harap pemain-pemain mampu berada di prestasi terbaik untuk menewaskan lawan-lawan utama itu,” tambahnya.
 
Kali terakhir boling padang dipertandingkan dalam Sukan SEA adalah pada tahun 2007 di Korat yang menyaksikan Malaysia berjaya membawa pulang empat emas daripada enam acara yang dipertandingkan.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video